View Article |
Pemodelan hubungan antara kesejahteraan hidup, keserakanan, dan kesejahteraan di tempat kerja dengan efikasi guru secara kolektif
Yusni Zaini Yusof1, Rosna Awang Hashim2, Tengku Faekah Tengku Ariffi n3.
Tujuan – Berdasarkan model kognitif sosial, kajian ini mengkaji kesan langsung dan tidak langsung terhadap efi kasi guru secara kolektif. Secara khusus, kajian ini menilai peranan kesejahteraan hidup, keserakanan, kesejahteraan di tempat kerja dalam menerangkan efi kasi guru secara kolektif. Metodologi – Seramai 836 sampel guru dipilih secara rawak dari dua belas buah MRSM Zon Timur di Malaysia. Data kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang mengandungi 85 item. Data ini telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan Analisis Persamaan Berstruktur. Dapatan – Dapatan kajian ini menunjukkan kesejahteraan hidup, keserakanan dan kesejahteraan di tempat kerja adalah secara signifi kan mempengaruhi efi kasi guru secara kolektif. Berdasarkan kepada penilaian keseluruhan model, didapati bahawa kesepadanan model adalah munasabah. Dapatan analisis persamaan berstruktur menunjukkan bahawa kesejahteraan di tempat kerja adalah pengantara separa hubungan kesejahteraan hidup guru, keserakanan guru dan efi kasi guru secara kolektif. Berbanding kesejahteraan hidup, keserakanan guru memperlihatkan kesan yang lebih kuat terhadap efi kasi guru secara kolektif. Signifi kan – Kajian ini memperkenalkan model yang menunjukkan kepentingan kesejahteraan hidup, keserakanan dan kesejahteraan di tempat kerja sebagai penyumbang yang signifi kan kepada efi kasi guru secara kolektif. Ia juga mengenal pasti kepentingan keserakanan guru dalam membangunkan efi kasi guru secara kolektif.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 382 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (2) |
Rank |
Q1 (Cultural Studies) Q2 (Education) Q3¬¬¬ (Psychology (all)) |
Additional Information |
SJR (0.385) |
|
|
|