al-Maqṣad al-Asnā sebagai sebuah karya akidah al-Ghazali
Mohd Hasrul Shuhari1, Mohd Fauzi Hamat2.
Makalah ini akan membahaskan kitab al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma’ Allah al-Husna sebagai sebuah karya ilmiah dalam bidang akidah. Ia ditulis oleh salah seorang ulama muktabar yang begitu dikenali di dunia Islam iaitu Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali (m. 505H). Makalah ini berasaskan metode kualitatif iaitu berbentuk analisis kandungan (content analysis) terhadap kitab al-Ghazali ini. Antara yang akan disentuh ialah sorotan ringkas latar belakang pengarang, latar belakang kitab, tema penulisan, kandungan kitab dan sumber rujukan. Ia juga akan menjelaskan ciri-ciri keistimewaan kitab yang merangkumi metode penulisan, kesesuaian dengan sasaran pembaca, pengaruh kitab kepada para ulama dan kewajarannya dijadikan karya rujukan dalam bidang akidah. Makalah ini menyimpulkan bahawa kitab al-Maqsad al-Asna merupakan salah satu karya ilmiah dalam bidang akidah yang wajar dirujuk oleh umat Islam.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 359 time(s))