View Article |
Asas faham pentadbiran pendidikan Islam: makna tadbir al-ta’dib
Asyraf Isyraqi Jamil1, Wan Suhaimi Wan Abdullah2, Ghazali Darusalam3.
Pelbagai perbahasan dikemukakan oleh para sarjana Muslim untuk membicarakan tentang pentadbiran pendidikan Islam. Namun, penelitian yang terperinci terhadap perbahasan-perbahasan tersebut menemukan kepada ruang perbahasan yang lebih menyeluruh dan mendasar khususnya pada bahagian pembentukan faham pentadbiran pendidikan Islam itu sendiri. Makalah ini bertujuan untuk mengemukakan suatu perbahasan asas faham yang lebih menyeluruh dan mendasar seperti yang dimaksudkan itu. Dengan menggunakan kaedah pendalilan makna yang melibatkan pendekatan takrif bahasa Arab, tafsiran al-Qur‟an dan syarahan Hadis, makalah ini meneliti dua kata kunci yang penting dalam Islam iaitu tadbir dan ta’dib, yang kemudiannya dibentuk menjadi tadbir al-ta’dib. Makna tadbir dikemukakan sebagai asas faham pentadbiran Islam, sementara makna ta’dib dikemukakan sebagai asas faham pendidikan Islam. Dengan yang demikian, makna tadbir al-ta’dib akan dikemukakan sebagai asas faham pentadbiran pendidikan Islam.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 369 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|