View Article |
Pemikiran kesederhanaan dalam isu-isu akidah menurut Sheikh Zainal Abidin al-Fatani
Faizuri Abd. Latif1, Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid2.
Pemikiran kesederhanaan telah lama dipraktikkan oleh ulama Melayu dalam penulisan mereka. Ini kerana kesederhanaan memainkan peranan penting dalam memupuk semangat kasih sayang dan toleransi dalam kalangan manusia. Selain itu, ia juga merupakan salah satu daripada tuntutan utama dalam Islam. Tanpa memahami persoalan ini dan sedar akan kepentingan berfikir secara sederhana menjadikan seseorang individu bersikap ekstrim, melampau dan sukar menerima pandangan orang lain. Justeru, ulama Melayu yang berperanan menyatupadukan masyarakat Nusantara mengambil inisiatif menerapkan pemikiran kesederhanaan dalam isu-isu akidah yang banyak menimbulkan perselisihan sesama umat Islam. Bagi mereka tiada jalan terbaik untuk meredakan perbalahan yang berlaku melainkan setiap individu bersedia meraikan pandangan orang lain. Makalah ini akan membincangkan konsep kesederhanaan akidah yang terdapat dalam pemikiran seorang ulama Melayu iaitu Sheikh Zainal Abidin al-Fatani atau ‘Tuan Minal’ melalui karyanya `Aqidah al-Najin, memandangkan beliau juga membawa beberapa konsep kesederhanaan akidah yang sesuai diamalkan oleh masyarakat di zamannya dan masa akan datang.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 543 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|