Usaha dakwah Nur al-Din al-Raniri menentang kesesatan kaum wujudiyyah dalam kitab Ma`a al-Hayah Li Ahl al-Mamat
Zulkefli Aini1, Che Zarrina Sa’ari2.
Artikel ini membincangkan penolakan Nur al-Din al-Raniri terhadap kumpulan wujudiyyah Sufi falsafi yang muncul di Aceh melandasi karyanya Ma`a al-Hayah Li Ahl al-Mamat. Melalui karyanya ini, al-Raniri, yang berasal dari Ranir, India, menonjolkan usaha gigihnya untuk mengembalikan cara hidup dan amalan Islam dalam kalangan masyarakat Aceh khususnya yang berkaitan dengan polemik penentangan faham wujudiyyah. Penolakan al-Raniri terhadap ajaran wujudiyyah yang pada pandangannya adalah sesat yang kemudiannya menjadi asas untuk beliau melabelkan kumpulan terlibat sebagai kufur, sebagaimana tertera di dalam karyanya, adalah berasaskan beberapa pandangannya seperti isu wahdah al-wujud, hubungan antara Tuhan dengan makhlukNya, hubungan antara syariah dan haqiqah dan isu shatahat. Berlandaskan peranan beliau yang penting dalam bidang ini, al-Raniri telah dianggap sebagai pendakwah Muslim pertama di dunia Melayu yang berusaha menjelaskan perbezaan antara kebenaran dan kesilapan interpretasi fahaman wujudiyyah yang timbul dalam masyarakat Nusantara.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 407 time(s))