View Article |
Pemerkasaan keharmonian masyarakat beragama: rujukan pendekatan al-Biruni berdasarkan karyanya Kitab al-Hind
Samsuddin Abd Hamid1, Khadijah Mohd Hambali @ Khambali2.
Keterbukaan media massa dan media elektronik memberi ruang kepada sesetengah golongan yang tidak bertanggungjawab untuk ‘menyindir’ agama anutan masyarakat seperti melalui penayangan filem Innocent of Muslims, luahan ketidakpuasan hati akibat jalanraya dipenuhi sisa buangan buah-buah kelapa dan isu pemakaian serban penganut Sikh yang tidak perlu kepada pemakaian topi keledar berbanding penganut agama lain telah menggugat interaksi sesama penduduk dunia dan turut menggugat keharmonian serta memporak-perandakan lagi hubungan antara umat beragama sehingga mencetus prasangka dan prejudis. Hubungan antara agama yang diwarnai dengan semangat permusuhan ini akan hanya mengancam pembinaan peradaban. Justeru, imej setiap agama anutan wajar segera dipulihkan secara efektif melalui pendekatan ilmu Perbandingan Agama yang diyakini sebagai platform yang menyerlahkan realiti setiap agama anutan dan sekaligus merencamkannya kepada masyarakat dunia. Justeru, makalah ini membincangkan pendekatan al-Biruni salah seorang ilmuwan Muslim melalui karyanya Kitab al-Hind dalam konteks Ilmu Perbandingan Agama bagi memahami interaksi hubungan antara umat beragama dengan lebih rinci berasaskan perspektif penganut beragama melalui sumber ajarannya yang diyakini suci oleh penganutnya. Perencaman perbahasan ini akan memberikan maklumat yang rinci berhubung pendekatan dalam hubungan masyarakat beragama di samping mampu memangkinkan pembentukan masyarakat yang harmoni.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 359 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|