View Article |
Sorotan dan kritikan awal terhadap deklarasi ke arah suatu etika global
Mohd Khairul Naim Che Nordin1.
Deklarasi ke arah suatu Etika Global atau Declaration Towards a Global Ethic merupakan sebuah deklarasi yang diisytiharkan bersempena persidangan Parlimen Agama-Agama Dunia pada tahun 1993 di Chicago, Amerika Syarikat. Persepakatan para perwakilan agama terhadap deklarasi ini khususnya terhadap suatu gagasan nilai ‘sama’ dan ‘sepunya’ iaitu etika global yang termaktub di dalamnya telah dilihat oleh banyak pihak sebagai suatu pencapaian baru dan penting dalam dialog antara-agama. Justeru, makalah ini akan membincangkan beberapa aspek penting yang mendasari pembentukan deklarasi iaitu berkenaan proses merangka draf deklarasi, beberapa kriteria yang ditetapkan serta kandungan dan metode yang digunakan. Makalah ini juga mengenalpasti beberapa isu dalam deklarasi yang boleh menimbulkan beberapa persoalan berhubung kedudukannya sebagai sebuah deklarasi sejagat untuk setiap agama dan manusia. Rumusannya, deklarasi ini tidak boleh diperakui sebagai deklarasi yang sejagat selagi mana beberapa persoalan yang ditimbulkan tidak ditangani dan diselesaikan terlebih dahulu.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 380 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|