View Article |
Af'al Allah menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah
Mohd Hamidi Ismail1, Mohd Fauzi Hamat2.
Af‘al Allah atau perbuatan Allah SWT adalah antara topik yang dibicarakan dalam ilmu akidah Islam. Ini berdasarkan kepentingan seseorang memahami bagaimana penyandaran perkara baharu iaitu hamba dan perlakuan mereka kepada Yang Qadim iaitu Allah SWT. Penyandaran ini merupakan intisari iktikad yang dibincangkan melalui rukun iman yang keenam iaitu beriman dengan qada’ dan qadar Allah SWT. Secara kasar, perbicaraan tentang af‘al Allah mengandungi polemik yang runcing. Ini amat jelas, bukan sahaja berdasarkan perdebatan di antara aliranaliran pemikiran Islam malah berdasarkan perselisihan pendapat yang berlaku dalam kalangan ilmuwan dalam satu aliran yang sama, iaitu aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah. Artikel ini, yang membicarakan polemik isu af‘al Allah dalam mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah, yang tidak menatijahkan perpecahan sebagaimana perpecahan yang berlaku di antara aliran-aliran pemikiran Islam yang lain, bahkan polemik ini tetap menggambarkan wujudnya kesepaduan dalam manhaj dan dalam kefahaman fikrah. Makalah ini merumuskan bahawa perselisihan pendapat yang berlaku adalah bersifat lafzi dan bukannya kontekstual yang mengakibatkan pemahaman yang berbeza dalam mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah apabila al-Asha`irah dan al-Maturidiyyah bersepakat menghubungkan Allah SWT dengan hamba melalui perantaraan yang menyesuaipadankan sifat perbuatan Allah SWT dengan hamba yang dikenali sebagai al-ta`alluq menurut al-Asha`irah dan al-takwin menurut al-Maturidiyyah.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 366 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|