View Article |
Nilai-nilai holistik dalam kaunseling Islam
Khairunnas Rajab1.
Kaunseling Islam adalah sebuah paradigma yang menjelaskan nilai-nilai holistik Islam dalam khidmat
dan bantuan terhadap klien, sebagai teoretikal-praktikal yang menjadi alternatif penyelesaian terhadap masalah berkenaan kepentingan kesihatan umat manusia. Kaunseling Islam adalah suatu bentuk ilmu berasaskan Islam di bidang Kaunseling Psikologi, di mana ia menghuraikan aspek emosi spiritual intuitif yang lengkap. Sejak awal lagi, apabila Nabi Muhammad SAW menyampaikan risalah kenabian, baginda telahpun mencorak dan mewarnai bidang kaunseling melalui nasihat dan tunjuk ajar terhadap masalah yang dihadapi umat Islam pada masa itu. Pada dekad ini, kaunseling Islam telah menjadi salah satu kajian yang diberi tumpuan dalam Islamisasi ilmu pengetahuan, sebagai usaha mengintegrasikan sains dengan Islam. Kaunseling Islam boleh dinyatakan sebagai khidmat dan bantuan bagi klien yang menghadapi masalah psikologi dengan menggunakan model khidmat dan bantuan kaunseling Islam yang sistematik. Kaunseling Islam menawarkan intergrasi kerohanian yang merangkumi keimanan, ketakwaan, keihsanan, istiqamah, kejujuran, keseimbangan, dan keterbukaan yang merupakan asas-asas penting dalam proses kaunseling. Artikel ini bertujuan menghuraikan teoretikal-praktikal kaunseling Islam yang boleh ditawarkan sebagai alternatif bagi menyelesaikan masalah sosial psikologikal umat Islam di abad moden.
Affiliation:
- Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau, Indonesia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 432 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|