Tasawuf menurut perspektif Said Hawwa dengan tumpuan kepada buku Tarbiyatuna al-Ruhiah
Mohd. Rumaizuddin Ghazali1.
Said Hawwa merupakan ilmuwan haraki yang penuh dedikasi menekuni dalam bidang pendidikan kerohanian. Penulis yang cukup prolifik ini mempromosikan kerohanian Islam yang digabungkan dengan semangat perjuangan islah. Dalam buku Tarbiyatuna al-Ruhiah, Said Hawwa menjelaskan mengenai tasawuf yang sepatutnya diamalkan oleh orang Islam terutama ahli gerakan dakwah dan membuat pencitraan semula ilmu tasawuf dengan motif tersirat untuk melepaskan ilmu tasawuf dari imej ekslusif dan elit. Beliau ingin memasyarakat kembali ilmu tasawuf kerana setiap Muslim sangat memerlukan ilmu tersebut dan perlu memahaminya secara betul dan tepat. Dalam artikel ini, penulis membicarakan pandangan Said Hawwa mengenai tasawuf, ciri-ciri serta kajian dalam ilmu tasawuf. Penulis juga membahaskan mengenai pengertian roh, akal, al-nafs dan al-qalb dalam konteks ilmu tasawuf, perkara yang menyemarakkan aktiviti kerohanian, kasyaf, ilham, mimpi, karamah dan konsep Mujahadah.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 453 time(s))