Keanekaan binaan ayat dalam sejarah Melayu
Nik Safiah Karim1, Wong Aw, Lam Chee2.
Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin ialah sebuah magnum opus yang telah lama mengharumkan bahasa Melayu. Buku ini menjadi bukti penggunaan bahasa Melayu yang baik, di samping mengandungi huraian tentang cara hidup masyarakat Melayu pada masa lampau. Makalah ini menumpukan perhatian kepada keanekaan binaan ayat bahasa Melayu dalam Sejarah Melayu dalam usaha melihat ciri-ciri kepengarangan pengkaryanya. Ayat dilihat dari sudut binaan ayat tunggal dan ayat majmuk, susunan biasa dan songsang serta binaan ayat pasif dan ciri-ciri kohesi dan koheren yang diwujudkan oleh kata-kata pangkal ayat. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) menjadi asas analisis.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 478 time(s))