Pemetaan struktur peristiwa kesopanan berbahasa: kombinasi model leech (1983) & grice (1975)
Sara Binti Beden1, Indirawati Zahid2.
Makalah ini bertujuan untuk memetakan struktur peristiwa kesopanan berbahasa dalam novel Melunas Rindu, iaitu teks Komsasyang digunakan oleh para murid Tingkatan 4 Zon 4 di negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Analisis yang dilakukan akan memaparkan pemetaan struktur peristiwa kesopanan berbahasa yang digunakan dalam data kajian berdasarkan dialog watak utama dan watak sampingannya dalam bab 16 novel ini. Kajian ini akan mengaplikasikan kombinasi model kesopanan Leech (1983) dan model kerjasama Grice (1975) yang membentuk Model Pola Kombinasi Maksim Umum (MPKMU). Antara kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah analisis teks dan kaedah kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan pemetaan struktur peristiwa kesopanan berbahasa memperlihatkan struktur yang bervariasi bertitik tolak daripada faktor objektif komunikasi yang berbeza-beza. Kesimpulannya, kombinasi keduadua model kesopanan ini telah memanifestasikan kesopanan berbahasa dalam peristiwa Melunas Rindu.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 337 time(s))