Unsur emosi dalam novel KOMSAS
Faziela Abu Bakar @ Che Din1, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi2.
Kertas kerja ini membicarakan tentang unsur emosi yang terdapat dalam novel KOMSAS terpilih. Dalam kajian ini kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif, iaitu kaedah analisis teks. Kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis unsur emosi yang diungkapkan oleh pengarang dalam setiap karya yang dihasilkan. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati novel-novel ini pelbagai jenis emosi, iaitu emosi positif dan emosi negatif. Dalam konteks kehidupan, manusia tidak pernah terlepas daripada menghadapi masalah hidup, begitu juga permasalahan dalam kalangan remaja. Sehubungan itu, kajian ini bertunjangkan kepada unsurunsur emosi yang berlaku dalam kehidupan remaja dengan menggunakan pendekatan psikologi.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 451 time(s))