Pelaksanaan aktiviti pembelajaran berasaskan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Alizah Lambri1, Zamri Mahamod2.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran atau P&P Bahasa Melayu pada peringkat universiti didapati masih lagi bercorak konvensional dan kurang melibatkan peranan pelajar. Justeru, kajian ini cuba membincangkan aktiviti pembelajaran berasaskan masalah (PBM) yang dilaksanakan oleh pensyarah dalam proses P&P Bahasa Melayu di sebuah IPTA sebagai usaha menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam proses P&P. Seorang pensyarah Bahasa Melayu dan 21 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu telah dipilih secara bertujuan sebagai peserta kajian. Kaedah pemerhatian dan temu bual digunakan bagi tujuan pengutipan data. Data dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk naratif. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti PBM merupakan aktiviti P&P yang disukai dan menyeronokkan bagi para pelajar. Walau bagaimanapun, perancangan yang teliti perlu dilakukan bagi memastikan aktiviti PBM dalam proses P&P Bahasa Melayu dapat dijalankan dengan lebih baik. Beberapa cadangan penambahbaikan dalam aktiviti PBM yang telah dicadangkan oleh para pelajar turut dimuatkan dalam kajian ini.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 537 time(s))