Analisis ungkapan perbandingan dalam Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah
Nazri Atoh1, Zamri Arifin2, Zubir Idris3.
Kajian ini dijalankan untuk meneliti ungkapan perbandingan yang digunakan dalam Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah. Kajian ini turut menganalisis persamaan dan perbezaan ungkapan perbandingan yang terdapat dalam Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah. Ungkapan perbandingan dalam kajian ini merujuk kepada penggunaan bahasa secara bandingan dengan membandingkan antara dua perkara yang berbeza pada hakikatnya, tetapi mempunyai persamaan yang tertentu. Pendekatan kepustakaan digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian daripada pelbagai sumber. Pendekatan perbandingan pula digunakan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan ungkapan perbandingan yang terdapat dalam Diwan Abi Tammamdan Syair Siti Zubaidah. Terdapat persamaan fungsi antara ungkapan perbandingan dalam Diwan Abi Tammam dengan Syair Siti Zubaidah, tetapi istilah yang digunakan berbeza. Selain itu, pembahagian ungkapan perbandingan dalam Diwan Abi Tammam adalah pelbagai. Walau bagaimanapun, ungkapan perbandingan dalam Syair Siti Zubaidah adalah sebaliknya.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 360 time(s))