View Article |
Penyerapan bahasa dalam pertembungan budaya: kesalingan pinjam meminjam dalam kalangan tiga kelompok masyarakat di Singapura
Roksana Bibi Abdullah1.
Pertembungan budaya dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa sering memberi kesan yang pelbagai. Interaksi masyarakat pengamal budaya yang berbeza-beza ini akan pengaruh mempengaruhi di antara satu sama lain dan dalam satu jangka waktu yang panjang, pengaruh asing itu akan membudaya dan meresap dalam amalan masyarakat yang dipengaruhinya. Bahasa merupakan salah satu daripada unsur yang sering pengaruh - mempengaruhi masyarakat yang bertembung sehingga menimbulkan fenomena pinjam meminjam bahasa. Peminjaman ini boleh dilihat dari dua sudut iaitu pinjaman secara formal yang diusahakan oleh badan yang berautonomi dalam hal kebahasaan ataupun penggunaan bahasa atau bahasa-bahasa asing secara sewenang-wenangnya dalam kalangan masyarakat pengguna sesuatu bahasa sebagai gejala alih kod dan percampuran kod. Di samping bahasa Melayu (BM) yang telah menerima pengaruh bahasa-bahasa asing, masyarakat Cina dan India yang hidup di samping masyarakat Melayu di Singapura juga telah dipengaruhi oleh bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa mereka sehari-harian. Kajian yang dijalankan melalui soal selidik, temu ramah dan pemerhatian ini akan mencungkil sejauh manakah BM mempengaruhi komunikasi tak formal kaum Cina dan India di Singapura. Kata-kata BM yang digunakan oleh pengguna bahasa asing sewaktu mereka bertutur dalam bahasa Inggeris (BI) atau bahasa ibunda mereka akan dicungkil dan analisis bagi melihat jenis kata BM yang diambil, konteks penggunaannya dan sebab musababnya.
Affiliation:
- Nanyang Technological University, Singapore
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 453 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|