Mengenal budaya sebagai sarana menjelajahi dunia global dalam pengajaran Bahasa Melayu-Indonesia di pusat pengajian tinggi Korea
Koh Young Hun1.
Dapat dikatakan bahawa kira-kira seratus ribu orang Korea menetap di Malaysia dan Indonesia terutamanya di Kuala Lumpur, DKI Jakarta dan sekitarnya. Di Indonesia, komuniti asing paling besar ialah masyarakat Korea. Kebanyakan mereka merupakan pegawai syarikat Korea yang membuka agensi cawangannya di Malaysia dan Indonesia. Selain itu, pihak syarikat biasanya mengirimkan pegawai-pegawai yang sudah menguasai bahasa dan budaya Melayu-Indonesia. Hal ini kerana menguasai bahasa dan mengenal budaya tempatan menjadi salah satu unsur yang mempengaruhi kejayaan sesuatu projek perusahaan. Oleh yang demikian, lulusan Jurusan Pengajian Melayu-Indonesia (JPMI) diterima baik oleh syarikat-syarikat ini kerana mereka sudah menguasai bahasa dan budaya Melayu-Indonesia. Faktor tersebut merangsang kalangan ahli akademik JPMI di Korea untuk bekerja keras dan meneliti kaedah pengajaran bahasa Melayu-Indonesia dengan lebih mantap. Dalam konteks ini, JPMI sudah beberapa kali merombak kurikulum untuk menyesuaikan tuntutan masyarakat yang semakin mencabar. Sudah lama pihak JPMI, HUFS, berusaha memasukkan unsur budaya Melayu/Indonesia dalam mata pelajaran yang diajarkan di JPMI. Dalam konteks ini, selain penerapan kemahiran bahasa dan sastera, pihak JPMI turut mengajar subjek yang berkaitan dengan budaya seperti sejarah, politik, gender, geografi, dan lingkungan. Ini disebabkan oleh keperluan semasa yang menuntut pelbagai kepakaran termasuklah bahasa dan budaya asing.
Affiliation:
- Hankuk University of Foreign Studies, Korea, South
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 313 time(s))