Kemampuan model pengajaran bahasa melayu berdasarkan kemahiran berfikir melalui teknologi maklumat dan komunikasi meningkatkan tahap motivasi dan kemahiran bahasa pelajar
Zulkifli Osman1.
Kajian ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat tentang kemampuan proses PdP Bahasa Melayu berdasarkan kemahiran berfikir melalui teknologi maklumat meningkatkan tahap motivasi dan kemahiran bahasa pelajar. Lapan guru Bahasa Melayu dan 212 pelajar yang terdiri daripada lapan kelas Tingkatan Empat dari seluruh negara dilibatkan sebagai responden dalam kajian ini. Soal selidik ditadbirkan kepada pelajar bagi mendapatkan maklumat tentang tahap motivasi pelajar, manakala temu bual digunakan bagi mendapatkan data tentang pandangan pelajar terhadap model pengajaran yang dibangunkan. Ujian kemahiran bahasa pula digunakan bagi mendapatkan data tentang kemampuan model PdP ini meningkatkan kemahiran bahasa pelajar. Dapatan kajian mendapati tahap motivasi pelajar dapat ditingkatkan. Dapatan temu bual pula mendapati sebahagian besar pelajar (55 %) menyatakan bahawa mereka seronok mengikuti aktiviti yang disediakan guru kerana dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bahasa mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa skor min bagi kemahiran bahasa pelajar dalam ujian pasca meningkat berbanding dengan ujian pra. Implikasi kajian turut dibincangkan dalam artikel ini.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 523 time(s))