Pengaruh Islam, Arab dan Parsi dalam inovasi sistem tulisan jawi
Sabariah Sulaiman1, Nur Hidayah Rashidi2, Teo, Kok Seong3.
Penulisan ini membincangkan pengaruh Islam, Arab dan Parsi dalam inovasi sistem tulisan Jawi oleh orang Melayu. Perbincangan dimulai dengan mengetengahkan imej tulisan yang pernah digunakan di Alam Melayu sehingga membawa kepada kemunculan tulisan Jawi. Pembuktian tentang kewujudan pengaruh Arab dan Parsi dalam tulisan Jawi dijelaskan menerusi susur galur kedua-dua bahasa tersebut di samping penjelasan berhubung pengaruh agama Islam. Hasil perbincangan ini menunjukkan pengaruh Arab paling dominan dalam inovasi tulisan Jawi kerana sebahagian besar huruf Jawi berasal daripada huruf Arab manakala, pengaruh Parsi telah melahirkan huruf-huruf tambahan bagi menyesuaikan dengan keperluan bahasa Melayu. Di samping itu, penciptaan empat huruf gubalan Melayu menjadi manifestasi kepada kebijaksanaan orang Melayu untuk memenuhi keperluan bahasanya. Kedatangan Islam pula merupakan faktor pencetus dan penolak kepada perkembangan tulisan Jawi kerana tulisan ini dikaitkan sebagai tulisan agama.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 439 time(s))