Landskap sebagai mekanisme pertahanan diri berdasarkan karya sastera melayu tradsional
Hasrina Baharum1.
Makalah ini bertujuan membincangkan peranan landskap sebagai mekanisme pertahanan diri berdasarkan landskap ibu negeri/ibu kota kerajaan Melayu, istana dan taman yang menjadi latar tempat dalam kebanyakan teks sastera Melayu tradisional dan juga kandungan teks yang menceritakan kaedah rajaraja Melayu zaman dahulu memilih tempat untuk mendirikan ibu negeri/ibu kota dan istana. Perbincangan dalam makalah ini bertitik tolak daripada prinsip Teori Biologikal (Biological Theory) yang dikemukakan oleh Bourassa (1988, 1990) menerusi Theory of Landscape Aesthetics. Perbincangan akan mengupas sejauh manakah aspek biologikal (melalui prinsip keselamatan tempat tinggal dan perlindungan diri) menjadi keutamaan masyarakat Melayu zaman silam dalam ketika memilih tapak yang sesuai untuk mendirikan ibu negeri/ibu kota serta istana, dan juga ketika mengubah landskap ibu negeri/istana berdasarkan gambaran landskap ibu negeri/ibu kota kerajaan Melayu serta istana yang menjadi latar dalam teks-teks kesusasteraan Melayu.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 395 time(s))