Pelayaran inderaputera ii karya Ismail Kassan analisis daripada perspektif teksdealisme
Faizah Binti Jalal1, Ani Binti Hj Omar2.
Objektif kajian ialah meneliti ciri-ciri intelektual, menganalisis nilai-nilai intelektual serta mengkaji gaya kepengarangan Ismail Kassan. Kajian ini menggunakan teori Teksdealisme janaan Mana Sikana yang diasaskan pada tahun 1993. Terdapat empat prinsip utama dalam teori tersebut iaitu prinsip kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keperibadian pengarang. Hasil kajian mendapati Pelayaran Inderaputera II mempunyai perkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua. Dapatan kajian menunjukkan drama Pelayaran Inderaputera II, mempunyai persamaan dan perbezaan dengan Hikayat Inderaputera. Persamaannya ialah dari aspek nama watak dan latar tempat. Manakala perbezaannya ialah dalam penggunaan gaya bahasa, plot dan teknik penceritaan. Kesimpulannya, drama Pelayaran Inderaputera II memberi impak kepada khalayak kerana wujud aliran surealisme dalam drama Melayu yang menyumbang kepada sejarah perkembangan drama moden di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 403 time(s))