View Article |
Trend pembinaan blog dalam pembelajaran bahasa sepanyol
Salina Husain1, Muhd Zulkifli Ismail2, Norazmi Danur3.
Penggunaan teknologi dalam pembelajaran
bahasa asing pada masa sekarang menjadi
satu keperluan yang sangat penting. Hal ini
kerana teknologi akan sentiasa berubah seiring
dengan peredaran masa. Oleh yang
demikian, kertas kerja ini akan
membincangkan penggunaan blog sebagai
satu kaedah baharu dalam mencapai proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa
Sepanyol sebagai bahasa asing. Penulis akan
melihat trend pelajar mengaplikasikan bahanbahan
berkaitan, berdasarkan tahap kognitif
pelajar dalam membina blog bahasa
Sepanyol berdasarkan pendekatan Teori
Kognitif oleh Piaget (1952). Sebanyak enam
blog akan dikaji dalam kajian ini dengan
menumpukan kepada kepelbagaian gaya
pelajar membina dan mengolah blog
berdasarkan pengetahuan yang dipelajari
dalam bilik kuliah. Secara rumusan dapatan
kajian ini memperlihatkan penggunaan tiga
jenis trend dalam penulisan blog iaitu trend
fokus, pemikiran dan bahasa yang digunakan.
Oleh yang demikian kajian ini akan dapat
memberi satu dimensi baharu dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran bahasa
Sepanyol, dan memberi idea kepada kajian
pada masa hadapan untuk mempelbagaikan
lagi kajian berkaitan blog dalam bahasa
Sepanyol.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 329 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|