View Article |
Hubungan kemahiran regulasi pelajar dan pemahaman teks dalam kalangan pelajar sekolah rendah jenis kebangsaan cina
Loh, Chee Hou1, Ang, Lay Hoon2.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
mengenalpasti tahap kemahiran regulasi
pelajar Tahun 5 dalam pemahaman teks
bahasa Cina dan seterusnya mengkaji
hubungan di antara tahap kemahiran
regulasi pelajar dengan tahap
pemahaman teks pelajar dalam mata
pelajaran Bahasa Cina di sekolah. Kajian
ini bersifat kuantitatif dan sebanyak 195
orang pelajar Tahun 5 telah terlibat dalam
menjawab soal selidik. Satu set borang
soal selidik yang berasaskan State Meta
Cognitive Inventory yang dibina oleh
O’Neil dan Abedi (1996) telah
diubahsuaikan dan diadaptasikan dalam
kajian ini. Ujian Spearman Rho (r) turut
dijalankan dan secara keseluruhan,
kemahiran regulasi pelajar Tahun 5 dalam
pemahaman teks bahasa Cina berada
pada tahap sederhana, iaitu skor min 3.62.
Hubungan positif yang sederhana, iaitu r =
0.316 antara kedua-dua pembolehubah
tersebut telah dicapai. Dengan adanya
kemahiran regulasi, peratusan kelulusan
pelajar dalam mata pelajaran Bahasa
Cina (kertas pemahaman) adalah
sebanyak 81.54% (n=159 orang). Kajian ini
dapat memberikan implikasi kepada
penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa pada peringkat
sekolah rendah.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 315 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|