View Article |
Plot penceritaan dalam shojo manga
Roslina Mamat1, Hazlina Abdul Halim2, Nor Shahila Mansor3, Normaliza Abdul Rahim4.
Shojo manga adalah genre komik Jepun
yang mensasarkan golongan remaja
perempuan dalam kalangan umur tujuh
tahun hingga dua puluh tahun sebagai
pembaca utama. Shojo yang bermaksud
‘gadis kecil’ dan manga bermaksud ‘komik’
mempunyai variasi dari segi naratif dan stail
grafik, berlatar belakangkan sejarah
sehingga kepada fiksyen sains.
Kebiasaannya shojo manga diwarnai
dengan unsur romantik, humor, konflik dan
emosi dalam hubungan cinta antara lelaki
dengan perempuan. Definisi shojo manga
bukan terhadap cerita atau lakaran dalam
sesuatu komik tetapi adalah berdasarkan
pembaca sasaran iaitu golongan wanita
pada peringkat awal remaja. Shojo manga
dipopularkan oleh Ozuka Tesamu selepas
Perang Dunia Ke-2 iaitu manga yang
bertajuk Princess Knight. Pertengahan tahun
1960-an, barulah muncul penulis wanita
dalam genre shojo manga iaitu Nishitani
Yoshiko yang menulis mengenai kisah cinta
dalam kalangan gadis Jepun kontemporari.
Kajian ini meneliti teks yang terdapat dalam
shojo manga terjemahan dan mengenal
pasti ciri-ciri yang terdapat dalam shojo
manga, seterusnya merumuskan faktor yang menjadikan shojo manga berjaya
dalam dunia global.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 337 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|