View Article |
Penguasaan pelajar melayu terhadap tekanan suara menyebut perkataan arab dari sudut intensiti
Nazratul Aini Ramli1, Che Radiah Mezah2, Yap, Ngee Thai3.
Kajian bidang fonetik bahasa Arab
melibatkan kajian instrumental masih baru
di Malaysia. Penggunaan perisian moden
seperti perisian Praat dapat meneliti aspek
suprasegmental dengan mengukur nilai
tekanan suara melalui intensiti dengan
lebih tepat. Tekanan suara (al-nabr) yang
baik memberi kesan ke atas penyampaian
mesej dalam berkomunikasi. Apa yang
sering berlaku ialah apabila kebanyakan
pelajar menuturkan perkataan tanpa
mengikut kaedah sebutan suku kata
bahasa Arab yang betul. Justeru, kajian ini
bertujuan untuk melihat tahap
penguasaan pelajar terhadap tekanan
suara menyebut perkataan Arab dari sudut
intensiti melalui tiga pola berbeza iaitu
[kv+kv+kv] َ
َ
ِعَََ ل [kvk+kvk+kvkَ, [فعَََ
dan اِ لسَََََََ َ ل
[kvk+kv+kvk] َََع َََ ِلََ فَََ ي .Data dianalisis secara
kuantitatif dengan menggunakan perisian
Praat. Subjek bagi kajian ini merupakan
pelajar kelas kemahiran Bahasa Arab
Tahap 3 di UPM. Kajian ini menggunakan
sembilan perkataan bahasa Arab sebagai
instrumen kajian. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa kebanyakan
pelajar Melayu cenderung untuk
menekankan suku kata akhir ketika
menuturkan perkataan pola [kv+kv+kv].
Didapati pengetahuan pelajar tentang
tekanan suara dalam perkataan adalah
lemah. Kajian ini diharapkan dapat
memberi impak dalam pembelajaran
bahasa Arab khususnya aspek fonetik serta
menjadi pencetus kepada kajian fonetik
instrumental akan datang.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 294 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|