View Article |
Kejituan datum carta dalam tempoh cerapan pasang surut: kajian kes di Teluk Ewa, Pulau Langkawi
Khairul Nizam bin Abdul Maulud1, Zaaim bin Hasan2, Othman A. Karim3.
Kajian ini menghuraikan kejituan datum carta di stesen pasang surut Teluk Ewa, Pulau Langkawi. Data cerapan pasang
surut selama 19 tahun di Teluk Ewa diproses dan dianalisa dengan menggunakan perisian pasang surut iaitu “RMN Asean
Australia Tidal Software” bagi menentukan nilai datum carta model cerapan 19 tahun (Datum rujuk), setiap tahun, 6 bulan,
3 bulan dan bulanan. Kejituan datum diuji mengikut pematuhan piawai Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa (IHO). IHO
menetapkan ralat datum 5cm bagi pengukuran kelas khas dan 10cm bagi pengukuran kelas 1 dan ke bawah. Keputusan
menunjukkan sisihan piawai bagi semua model datum carta (satu sigma) adalah kurang daripada 10cm namun tidak pada
dua sigma. Aliran sisihan piawai datum carta menunjukkan ia semakin baik sekiranya tempoh cerapan semakin panjang.
Namun begitu, tempoh cerapan tahunan merekodkan sisihan datum carta kurang daripada 11cm sepanjang 19 tahun.
Kejadian pasang surut bersifat lokasi khusus maka pendekatan menyeluruh mengenai kejituan datum carta negara hanya
dapat dimodelkan setelah kajian dilaksanakan terhadap semua stesen pasang surut.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Pusat Hidrografi Nasional, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 130 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|