View Article |
Kebaikan pekerjaan keusahawanan sebagai pengantara antara faktor-faktor peramal dan kecenderungan pelajar menceburi kerjaya keusahawanan
Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang1, Nor Hayati Sa’at2, Sabri Ahmad3, Ibrahim Mamat4.
Kerajaan Negeri Terengganu menetapkan wawasan untuk menjadikan “Terengganu Negeri Maju Menjelang Tahun 2020.” Harapan ini dilunaskan melalui perlaksanaan program-program dan projek awam seiring Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) dan Kesepuluh (2011-2015). Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) merupakan sebuah agensi Kerajaan negeri mempunyai peranan dan tanggungjawab membantu serta menyediakan landasan kepada pelajar mengaplikasikan ilmu keusahawanan melalui penglibatan secara langsung di peringkat sekolah menengah. Pelajar sekolah menengah yang mengikuti Program Tunas Niaga sedar betapa pentingnya mereka menceburi bidang keusahawanan. Lima faktor peramal seperti kewangan, model peranan, halangan, pengenalan sosial dan kemahiran keusahawanan mempengaruhi kecenderungan mereka menceburi bidang keusahawanan. Kebaikan pekerjaan keusahawanan sebagai pengantara hubungan antara empat faktor peramal seperti kewangan, model peranan, halangan dan kemahiran keusahawanan dengan kecenderungan menceburi bidang keusahawanan. Kepentingan faktor peramal seperti kewangan, model peranan, halangan dan kemahiran keusahawanan boleh digunakan pihak berwajib untuk menggalakkan dan memupuk kecenderungan menceburi kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang mengikuti Program Tunas Niaga.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 535 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|