View Article |
Penilaian dan pengurusan psikologi pemandiri trauma
Geshina Ayu Mat Saat1, Nadiah Syariani Md Shariff2.
Artikel ini menghuraikan cara penilaian dan pengurusan psikologi untuk pemandiri trauma. Penilaian yang sesuai amat
penting untuk mempastikan bahawa psikoterapi, rawatan tingkah laku dan rangkaian sokongan adalah mencukupi untuk
keperluan jangka masa panjang pemandiri trauma atau sehingga individu tersebut mampu berfungsi secara normal.
Sejajar dengan misi Persatuan Psikologi Amerika (APA) Bahagian 56 (Psikologi Trauma), artikel ini mencadangkan
garis panduan yang praktikal untuk ahli psikologi, kaunselor, dan pekerja kesihatan sosial. Isu yang dibincangkan
termasuk takrifan trauma, gejala selepas kejadian dan pemulihan trauma. Antara jenis trauma yang diperiksa adalah
kanser, kematian mengejut, penderaan seksual dan AIDS. Satu model bekerja untuk memulakan penilaian dibentangkan
bersama-sama dengan modaliti rawatan projeksi. Sebagai tambahan, artikel ini juga mengandungi pengetahuan
tentang pendidikan profesional dan umum mengenai penguraian (disoksiasi), trauma dan kecelaruan berkaitan trauma
di samping memperkasakan pengetahuan mengenai trauma, penguraian serta kecelaruan berkenaan trauma kronik.
Artikel ini juga menyokong komunikasi dan kerjasama sesama ahli klinik dan profesional lain dalam bidang penguraian
dan trauma selain merangsang projek penyelidikan kebangsaan serta antarabangsa. Individu yang berlainan bertindak
balas secara berlainan terhadap peristiwa yang sama. Seseorang berkemungkinan mengalami trauma sebagai reaksi
terhadap peristiwa tersebut namun seseorang yang lain mungkin tidak. Bukan semua individu yang mengalami peristiwa
yang berpotensi mengakibatkan trauma akan mengalami trauma secara psikologi.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|