View Article |
Serupa tapi berbeza: kajian kes komuniti Bawean Kampung Sungai Tiram, Johor Malaysia
Muhammad Ridhwan Sarifin1, Mohamad Fauzi Sukimi2.
Melayu sebagai suatu kategori sosial di Malaysia bukanlah bersifat homogen kerana terdapat beberapa sub etnik yang terkandung di dalamnya. Salah satunya ialah orang Bawean yang telah merantau ke Tanah Melayu sejak sebelum kemerdekaan dicapai meskipun kurang dikenali berbanding etnik Jawa, Bugis dan Banjar. Sifat merantau di kalangan lelaki Bawean adalah sangat kuat sehingga digelarkan wira apabila pulang ke Pulau Bawean dengan hasil seperti wang dan emas. Kajian ini meneliti latar belakang etnik dan identiti orang Bawean di Malaysia yang berhadapan dengan konflik pembinaan negara-bangsa Malaysia. Data primer diperolehi daripada analisis kandungan dan temubual mendalam di lapangan dengan 50 ahli komuniti keturunan Bawean di Kampung Sungai Tiram, sebuah ladang kelapa sawit yang menjadi tempat berkumpul dan kunjung mengunjung orang-orang Bawean yang tinggal di sekitar Ulu Tiram dan dalam Negeri Johor. Hasil kajian mendapati lima elemen identiti dalam kalangan masyarakat Bawean, iaitu agama Islam, amalan merantau, bahasa, amalan gotong royong dan ilmu perubatan tradisional. Meskipun agama Islam telah mempermudah orang Bawean untuk beradaptasi dengan masyarakat lokal di Malaysia yang seolah-olah menunjukkan keserupaan budaya mereka dengan Melayu tempatan namun budaya etnik Bawean sebenarnya boleh dikatakan berbeza. Hal ini dapat dilihat dari hakikat bahawa sehingga ke hari ini masih berterusan wujud perkampungan eksklusif orang Bawean di Malaysia seperti di Johor.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 374 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|