View Article |
Kualiti hidup pesara lelaki dan wanita Malaysia: kajian kes di Besut, Terengganu
Suridah Ali1.
Kualiti hidup yang baik khususnya semasa persaraan kurang diketengahkan di Malaysia. Perubahan pada peranan, hubungan sosial, rutin harian, pendapatan yang berkurangan dan kemerosotan tahap kesihatan semasa persaraan dilihat boleh mempengaruhi kualiti hidup pesara baik lelaki mahupun wanita. Oleh itu, permasalahan kajian melihat adakah kualiti hidup pesara wanita lebih baik berbanding pesara lelaki. Kertas kerja ini memfokuskan kepada kualiti hidup pesara lelaki dan wanita dari sudut kemampuan ekonomi, kesihatan, sokongan sosial, tempat tinggal dan hubungan sosial. Kajian ini telah melibatkan tujuh orang pesara lelaki dan tujuh orang pesara wanita yang telah bersara wajib bagi tempoh tiga tahun hingga 23 tahun sebagai informan kajian. Kaedah temu bual mendalam digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian berkaitan dengan kualiti hidup pesara dari sudut kemampuan ekonomi, kesihatan, sokongan sosial, tempat tinggal dan hubungan sosial. Implikasi daripada kajian ini melihat perlunya perancangan dan persediaan yang teratur khususnya pada aspek kewangan bagi menjalani kehidupan semasa persaraan. Secara rumusannya, kualiti hidup pesara sama lelaki atau wanita dapat diinterpretasikan bergantung kepada persepsi dan interpretasi mereka secara personal dan ia dapat diukur berdasarkan kepuasan atau ketidakpuasan seseorang pesara terhadap sesuatu perkara dan ia bersifat subjektif yang boleh berubah mengikut peredaran masa, tempat dan situasi yang berbeza.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 512 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|