View Article |
Makna rasa selamat komuniti Malaysia dalam Program Skim Rondaan Sukarela: kajian kes KRT Taman Putera Jaya, Kota Kinabalu, Sabah
Norwahidah Zinalibdin1, Lyndon, Novel2.
Pengertian terhadap makna rasa selamat di kalangan komuniti merupakan sumbangan utama dalam merangka strategi pencegahan jenayah dan menangani isu keselamatan awam di Malaysia. Realiti sosial ini membantu komuniti memahami dan menginterpretasi masalah harian yang dihadapi dan dizahirkan melalui keterlibatan secara aktif dalam organisasi sukarelawan keselamatan komuniti sehingga menghasilkan budaya pemerkasaan. Kajian ini memberikan tumpuan terhadap makna rasa selamat yang dikonstruk berdasarkan pandangan dunia komuniti di Sabah. Data primer diperolehi dari 10 orang informan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Putera Jaya, Kota Kinabalu melalui sesi temubual mendalam dan perbincangan kumpulan secara tak formal. Hasil kajian mendapati pengertian "selamat" yang difahami oleh komuniti di Sabah bukan sahaja melibatkan aspek luaran atau fizikal semata-mata tetapi tetapi juga aspek psikologi dan emosional yang turut dipengaruhi oleh lokaliti dan budaya mereka.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 459 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|