View Article |
Hidup membujang atau berpasangan: satu kajian dilema bagi wanita HIV/AIDS di pantai timur Semenanjung Malaysia
Mashrom Muda1, Rahimah Abdul Aziz2.
Satu ketika dahulu HIV/AIDS dikaitkan dengan golongan lelaki, namun kini wanita juga tidak terlepas. Malahan peratusan jangkitan dalam kalangan wanita menunjukkan peningkatan yang begitu ketara setiap tahun dan ada kala melebihi peratusan dalam kalangan lelaki. Wanita yang dijangkiti HIV/AIDS ini ada yang sudah diceraikan dan ada yang sudah kematian suami akibat HIV/AIDS. Dalam kalangan penghidap wanita ini, ada yang memilih hidup membujang (bersendirian) kerana beranggapan jarang ada lelaki yang boleh menerima penghidap HIV/AIDS sebagai pasangan hidup. Ada juga penghidap wanita memilih untuk hidup berpasangan (berkahwin semula) kerana memerlukan sokongan untuk meneruskan kehidupan. Kajian ini meneliti dilema yang dihadapi oleh wanita Melayu yang dijangkiti HIV/AIDS sama ada untuk terus hidup membujang atau berpasangan. Selain data sekunder, kajian ini menggunakan data primer yang diperolehi melalui temu bual secara mendalam dengan 20 orang informan wanita HIV/AIDS di sekitar Besut (Terengganu), Pasir Puteh, Bachok dan Kota Bharu (Kelantan). Kajian mendapati, seramai 60 peratus penghidap wanita memilih hidup bersendirian selepas diceraikan atau kematian suami untuk memberi fokus kepada diri sendiri, menyara keluarga dan anak-anak. Seramai 40 peratus responden lagi memilih untuk mempunyai pasangan hidup serta berkahwin semula. Pokoknya, bersendirian atau berkahwin semula mempunyai kesan yang mendalam ke atas diri penghidap wanita, terutamanya dari segi sokongan sosial, sumber ekonomi, perlindungan dan juga berkaitan dengan stigma dan diskriminasi.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 432 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|