View Article |
Pandangan etnik Sungai terhadap Gerakan Sabah keluar Malaysia (SSKM): satu kajian fenomenologi
Tauning, Vilkon1, Lyndon, Novel2.
Objektif utama kajian ini ialah untuk memahami dan meneliti pandangan dunia etnik Sabah tentang Gerakan Sabah keluar Malaysia dan sejauh manakah pandangan mereka tentang gerakan ini dibentuk oleh isu tempatan dan nasional. Kajian ini telah dijalankan dalam kalangan etnik Sungai di Daerah Tongod, Sabah.Kajian ini menggunakan pendekatan fenomenologi menggunakan logik abduktif berasaskan ontologi idealis dan epistemologi konstruksionisme. Sejumlah 50 orang etnik Sungai telah terlibat dalam kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bukan kebarangkalian yang terdiri daripada persampelan kuota, persampelan bertujuan dan persampelan teoritikal telah dipilih. Saiz tentang sampel kajian ini dicapai melalui sokongan yang berterusan terhadap ukuran atau kriteria tentang ketepuan data.Data dalam kajian ini telah dikutip dengan menggunakan teknik temubual mendalam dan perbincangan kumpulan secara informal. Hasil kajian mendapati pandangan yang diutarakan oleh etnik Sungai tentang SSKM adalah menyentuh tentang hak Sabah dalam Perlembagaan Malaysia dan pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri. Seterusnya, pemahaman etnik Sungai tentang SSKM dipengaruhi oleh agen sosialisasi terutamanya media alternatif dan juga rakan-rakan mereka yang bekerja di Semenajung Malaysia. Kesimpulannya, pandangan etnik Sungai terhadap isu SSKM boleh dibahagikan kepada dua iaitu didorongi oleh isu tempatan ( rasa tidak puas hati dalam kalangan beberapa kumpulan tempatan) dan isu nasional (corak governans negara Malaysia).
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 404 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|