View Article |
Analisis ruangan hotspot penyalahgunaan dadah di Malaysia: kajian kes Daerah Timur Laut, Pulau Pinang
Mohd Norashad Nordin1, Tarmiji Masron2.
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti kawasan yang berisiko tinggi sebagai kawasan panas atau hot-spot bagi penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia di kawasan daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Penggunaan data bagi tempoh dua tahun berturut- turut iaitu tahun 2013 dan 2014 bagi penyalahgunaan dadah digunapakai bagi mencapai objektif kajian ini. Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti dan menentukan kawasan yang berisiko tinggi atau kawasan hot-spot bagi penyalahgunaan dadah di daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Kes penyalahgunaan dadah mencatatkan peningkatan daripada tahun sebelumnya iaitu sebanyak 715 kes, manakala kes yang penigkatan paling tinggi dicatatkan antara kedua- dua tahun adalah Balai Polis Jalan Patani dan balai polis yang mencatatkan kes penyalahgunaan dadah yang terendah antara kedua- dua tahun pula adalah Balai Polis Kampung Baru. Kawasan hot-spot antara kedua- dua tahun terdapat penurunan jumlah kawasan hot-spot iaitu 7 sektor yang diklasifikasikan sebagai kawasan hot-spot iaitu kawasan sektor balai polis Jelutong, Jalan Patani, Kampung Baru dan Lebuh Pantai pada tahun 2013 dan menurun kepada 3 kawasan hot-spot pada tahun 2014 iaitu kawasan sektor Lebuh Pantai dan Kampung Baru. Kes penyalahgunaan dadah banyak dicatatkan di kawasan pembangunan dan kepadatan penduduk seperti di sekitar kawasan pusat bandar berbanding tiga kawasan yang diklasifikasikan sebagai kawasan hot-spot pada tahun 2013 yang melibatkan sektor balai polis Kampung Baru dan Lebuh Pantai.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 439 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|