View Article |
Faktor pembentukan modal insan dan daya saing usahawan wanita Malaysia: kajian empirikal wanita bumiputera di Melaka
Nor Azira Ayob1, Sity Daud2, Muhamad Takiyuddin Ismail3.
Dalam bidang keusahawanan, wanita seringkali dilihat sebagai golongan yang kurang berpotensi untuk mencapai kejayaan berbanding golongan lelaki. Justeru, peranan kerajaan bagi membangunkan potensi usahawan wanita terus diperkukuh, terutamanya dari sudut pembangunan modal insan dan daya saing. Walaupun pelbagai bentuk usaha telah dilaksanakan, namun, hasil daripada usaha tersebut masih belum mampu mencapai tahap yang optimum. Kajian ini meneliti faktor-faktor yang membentuk modal insan dan daya saing dalam diri usahawan wanita Bumiputera serta faktor yang paling mempengaruhi kejayaan pengusaha wanita yang berdaftar dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di negeri Melaka. Data primer didapati daripada temubual berstruktur dengan lapan informan utama dan pengedaran 284 soal selidik yang diproses dengan menggunakan perisian komputer SPSS versi 22. Hasil analisis faktor mendapati empat faktor utama yang membentuk modal insan dalam diri usahawan wanita iaitu faktor pendidikan dan latihan; pengalaman perniagaan, sokongan sosial dan kreativiti, manakala bagi aspek daya saing, terdapat tiga faktor utama iaitu bantuan kewangan, iltizam perniagaan, prasarana dan infrastruktur. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada keseluruhan faktor tersebut, hasil analisis kajian mendapati bahawa faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi kejayaan usahawan wanita adalah faktor prasarana diikuti faktor pendidikan dan latihan, pengalaman perniagaan, bantuan kewangan dan kreativiti.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 442 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|