View Article |
Tahap pengkomersilan produk elektrik bercirikan teknologi hijau di Malaysia: kajian kes kawasan Bandaraya Kuala Lumpur
Hamidi Ismail1, Hamim Samuri2, Mohamed Mustafa Ishak3.
Tahap pengkomersilan produk elektrik berteknologi hijau dalam kalangan masyarakat bandar didapati masih rendah. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap pengkomersilannya dalam kalangan masyarakat kawasan Bandaraya Kuala Lumpur. Kaedah pungutan data bagi kaji selidik adalah secara mel elektronik dengan hanya penduduk kawasan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai responden. Jumlah sampel yang berjaya dikumpul adalah sebanyak 391 orang daripada kawasan bandaraya ini dan teknik analisis utama digunakan adalah deskriptif melibatkan nilai peratusan dan min. Kajian mendapati bahawa tahap pengkomersilan produk elektrik berteknologi hijau berada pada tahap sederhana iaitu setinggi 59.83 peratus (hasil gabungan Skala Likert 4 dan 5) dengan nilai min setinggi 3.61. Hasil kajian didapati berbeza dengan penyataan masalah yang menyatakan bahawa tahap pengkomersilan adalah masih rendah. Implikasi kajian adalah memerlukan penambahbaikan terhadap Dasar Teknologi Hijau Negara sedia ada dalam konteks galakan dan insentif pemasaran kerana dasar tersebut dilihat masih gagal menyatakan hala tuju sebenar dalam konteks pengkomersilan produk elektrik berteknologi hijau negara.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 390 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|