View Article |
Manifestasi legenda kepahlawanan Monsopiad sebagai identiti etnik Kadazandusun: citra dari kacamata Peribumi Penampang, Sabah
Noviatin Syarifuddin1.
Makalah ini berkenaan tentang kewujudan sebuah legenda kepahlawanan bernama Monsopiad yang meninggalkan kesan terhadap pembentukan identiti etnik Kadazandusun di Sabah. Citra keperibadian mengenai Monsopiad sebagai sebahagian daripada elemen identiti lokal sangat signifikan dalam mencorakkan dan memahami struktur kehidupan asas manusia etnik Kadazandusun. Justeru, tujuan utama makalah ini ditulis ialah untuk (i) memahami dan meneroka kefahaman informan terhadap Legenda Kepahlawanan Monsopiad sebagai elemen identiti etnik Kadazandusun dan (ii) untuk mengenalpasti fungsi legenda dalam memperkasa etnik masa kini. Penelitian telah dijalankan di Kampung Kuai Kandazon, Penampang, Sabah menggunakan kaedah in-depth-interview dan pemerhatian tidak turut serta. Dengan menggunakan pensampelan purpossive, sebanyak lapan orang informan dalam kalangan etnik Kadazandusun telah dipilih untuk memerihalkan kefahaman mereka berdasarkan pengalaman harian. Hasil kajian mendapati bahawa etnik Kadazandusun yang melalui fungsi penyesuaian identiti masih mengamalkan adat dan kepercayaan tradisi dalam beberapa elemen kehidupan. Perubahan ruang dan masa yang berlangsung di hadapan mereka tidak membawa perubahan holistik dalam konteks ruang sosial mereka. Malahan usaha mereka dalam mengekalkan identiti jelas diperlihatkan menerusi upacara ritual dan penglibatan mereka dalam aktiviti yang menyatukan etnik kelompoknya.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 394 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|