View Article |
Otonomi daerah dan upaya menghidupkan semula budaya Tionghoa di Indonesia: kajian kes di Bandar Padang, Sumatera Barat
Delpa Yunus1, Rahimah Abdul Aziz2.
Otonomi daerah bertujuan untuk memberikan kebebasan kepada setiap etnik di Indonesia untuk menghidupkan semula budaya leluhur. Konsep otonomi daerah ini difahami boleh memberikan laluan mudah kepada orang Tionghoa di bandar Padang untuk menghidupkan semula budaya leluhur. Sehubungan dengan itu, orang Tionghoa cuba menghidupkan semula segala perkara yang berkaitan dengan budaya leluhur seperti ritual keagamaan, perayaan, kesenian, aksara Mandarin dan penggunaan nama Tionghoa. Untuk menghidupkan semula aksara Mandarin maka perkumpulan Hok Tek Tong cuba memasang aksara Mandarin pada bangunan gerbang Hok Tek Tong. Objektif utama menganalisa sejauhmanakah kewujudan otonomi daerah boleh memberikan laluan mudah kepada orang Tionghoa untuk menghidupkan semula budaya leluhur di bandar Padang. Kaedah kajian dibahagikan kepada tiga kaedah iaitu kaedah pemilihan informan, kaedah pengumpulan maklumat dan kaedah analisis maklumat. Kaedah pemilihan informan menggunakan kaedah bola salji terhadap 15 orang informan. Manakala kaedah pengumpulan maklumat menggunakan kaedah temubual mendalam terhadap informan dan analisis maklumat menggunakan kaedah kualitatif. Lokasi kajian iaitu kawasan Pecinaan di kecamatan Padang Barat, bandar Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Temuan kajian mendapati kewujudan otonomi daerah telah memberikan laluan mudah kepada orang Tionghoa di Padang untuk menghidupkan semula ritual keagamaan, perayaan, kesenian dan penggunaan nama Tionghoa. Pada masa yang sama, kewujudan otonomi daerah telah menghambat orang Tionghoa di bandar Padang untuk menghidupkan semula aksara Mandarin kerana pihak kerajaan cuba melakukan tindakan diskriminasi dan penggunaan kekuasaan secara kekerasan terhadap bangunan gerbang Hok Tek Tong. Kesimpulannya, konsep otonomi daerah di bandar Padang belum boleh memberikan kebebasan sepenuhnya kepada orang Tionghoa di bandar Padang untuk menghidupkan semula budaya leluhur.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 380 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|