View Article |
Orang tengah dalam rantaian pengeluaran pekebun kecil kelapa sawit di Malaysia: satu penemuan awal dari Perak
Ahmad Raflis Che Omar1, Suraiya Ishak2, Abd. Hair Awang3, Mohd Yusof Hussain4, Lyndon, Novel5, Abdullah Sanusi Othman6.
Orang tengah telah lama wujud dalam rantaian pengeluaran pekebun kecil kelapa sawit. Makalah ini bertujuan menghurai secara sistematik fenomena orang tengah dengan meneliti bentuk perhubungan pekebun-orang tengah dan peranan yang dilaksanakan oleh orang tengah. Kajian rintis ini menggunakan metod temubual secara berkumpulan (perbincangan kumpulan fokus) dengan pekebun kecil kelapa sawit di negeri Perak. Kelompok pertama melibatkan lapan orang pekebun kecil yang berada di kawasan Felda Trolak Selatan, manakala kelompok kedua melibatkan tujuh orang pekebun kecil di Kampung Ulu Slim. Hasil kajian menemui dua bentuk model perhubungan pekebun-orang tengah. Model pertama melibatkan orang tengah dengan peranan sebagai “pusat penfaktoran” dokumen tuntutan tunai pekebun. Dalam model pertama, pekebun menjual buah sawit mereka kepada kilang tetapi tidak menerima bayaran tunai serta merta atas jualan buah sawit tersebut daripada pihak kilang. Pekebun yang enggan menunggu hari pembayaran kilang akan “menjual” dokumen tuntutan kepada orang tengah dan mendapat tunai dalam amaun yang lebih rendah daripada nilai tertera dalam dokumen tuntutan. Manakala model kedua melibatkan peranan orang tengah sebagai pembeli pukal kepada hasil pekebun kecil. Dalam model ini, pekebun akan menjual buah sawit kepada mana-maana peraih yang akan membeli secara pukal pada satu harga seragam tanpa mengira gred buah yang dihantar pekebun. Sehubungan itu, orang tengah didapati relevan dalam rantai pengeluaran pekebun kecil kelapa sawit di Malaysia. Orang tengah dapat membantu pekebun dengan memberi kemudahan mendapatkan tunai segera serta memudahcarakan proses pengendalian pukal buah sawit untuk diproses di kilang.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 423 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|