View Article |
Nilai tanah adat di Malaysia: kajian perspektif Komuniti Bidayuh
Zaimah, R1, Azima, A.M2, Sarmila, M.S3, Novel, L4, Sivapalan, S5.
Tanah adat merupakan aset penting dan sangat bernilai kepada komuniti Bidayuh. Justeru, artikel ini cuba untuk memahami nilai terhadap tanah adat dan hubungannya ke atas ekonomi dan sosio-budaya daripada perspektif komuniti Bidayuh.Kajian dilaksanakan di Daerah Serian, Sarawak. Data dikutip menggunakan borang soal selidik yang turut disokong oleh temubual separa-struktur. Teknik persampelan yang digunakan adalah persampelan bertujuan. Seramai 70 pemilik tanah telah respon terhadap soal selidik yang diedarkan dan 10 orang komuniti Bidayuh ditemubual separa-struktur. Hasil kajian menunjukkan nilai terhadap tanah adat daripada perspektif komuniti Bidayauh dikelaskan kepada tiga, iaitu tanah sebagai identiti budaya, tanah sebagai kelangsungan warisan dan tanah sebagai sumber ekonomi. Ternyata tanah adat mempunyai hubungan langsung dengan ekonomi dan sosio-budaya komuniti Bidayuh.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 461 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|