View Article |
Kesan Parameter Pemesinan ke atas Pembentukan Serpihan Semasa Mengisar Hujung Keluli Terkeras Aisi H13 Menggunakan
Mata Alat Sermet
Jaharah A. Ghani1, Hanif M.Z2.
The effect of machining parameters on chip formation during end milling AISI H13 tool steels using cermet inserts was investigated. The machining range were set at speed of 224- 355 m min-1, feed rate of 0.1-0.25 mm tooth-1 and radial depth of cut of 0.3 -0.8 mm. The SEM analysis shows that' chip formation strongly depends on the depth of cut and feed rate rather than on the cutting speed. At low machining conditions at speed of 224 m min-1 feed rate of 0.1 mm tooth-1 and radial depth of cut of 0.3 mm, discontinuous chip with smooth edges was produced, whereas at high feed rate of 0.25 mm tooth-1 and radial depth of cut of 0.8 mm, saw tooth chips was formed.
Kesan parameter pemesinan ke atas pembentukan serpihan semasa mengisar hujung keluli terkeras AISI H13 menggunakan mata alat sermet telah dikaji. Pemotongan dilakukan dalam julat halaju 224 - 355 m $min^{-1}$, suapan 0.1 - 0.25 mm $gigi^{-1}$ dan dalam pemotongan jejari 0.3 — 0.8 mm. Analisis SEM menunjukkan pembentukan serpihan sangat bergantung kepada dalam pemotongan jejari dan suapan yang digunakan dan tidak kepada halaju pemotongan. Pada parameter pemotongan yang rendah, halaju 224 m $min^{-1}$, suapan 0.1 mm $gigi^{-1}$, dan dalam pemotongan 0.3 mm, serpihan terputus-putus dengan hujungnya yang licin diperolehi, manakala pada parameter pemotongan tinggi, suapan 0.25 mm $gigi^{-1}$ dan dalam pemotongan 0.8 mm, serpihan berbentuk gergaji dihasilkan.
Fulltext is not available. Please contact the Editor Manager to get the fulltext
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|