View Article |
Analisis data rawak terikan-lesu menggunakan kaedah statistik purata-tergerak
Shahrum Abdullah1, Mohammad Darahim Ibrahim2, Azami Zaharim3, Zulkifli Mohd Nopiah4.
Kajian ini dijalankan untuk menganalisis data terikan-lesu yang diukur pada sistem ampaian sebuah kereta. Oleh itu, teknik ini diperkenalkan bagi menganalisis kebarangkalian serta mendasari data yang berkaitan dengan beban terikan-lesu. Dalam analisis lesu bahan dan komponen, kerosakan lesu biasanya disebabkan oleh kesan daripada satu pembolehubah rawak, yang biasanya dibentuk daripada satu set data siri-masa. Menerusi data siri-masa ini, kajian data lesu dapat diperkembangkan menerusi kaedah statistik dan model analisis yang dicadangkan ialah model purata-tergerak. Model ini dapat menganggarkan trend purata-tergerak bagi mengurangkan variasi rawak dalam suatu data. Dalam kajian ini, data terikan-lesu telah diperolehi daripada pengukuran ke atas komponen sistem ampaian kereta yang dipandu di atas permukaan jalanraya luar kawasan perbandaran. Data ini diukur pada frekuensi persampelan 200 Hz dalam tempoh 300 saat. Kemudian, data ini telah dilakukan analisis purata-tergerak menerusi kaedah Peratusan Ralat Min Mutlak (MAPE), Sisihan Min Mutlak (MAD) dan Sisihan Min Kuasa Dua (MSD). Analisis korelasi data berdasarkan kepada Fungsi Autokorelasi (ACF) dan Fungsi Separa Autokorelasi (PACF) juga dibincangkan. Secara kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa kaedah-kaedah ini dapat digunakan untuk memproses data rawak yang berubah-ubah bagi penghasilan satu data yang pegun, dengan menyingkirkan bahagian-bahagian data yang tidak pegun.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 200 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|