View Article |
Kajian ciri-ciri pasir pengalas dan pengisi sambungan turapan blok konkrit saling mengunci
Nur Izzi Md. Yusoff1, Amiruddin Ismail2, Rosli Hainin3, Hasanan Md. Nor4, Khairul Anwar Husin5.
Dewasa ini penggunaan turapan blok konkrit saling mengunci sebagai lapisan permukaan turapan telah meningkat dalam pembangunan jalan raya. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji permasalahan yang dihadapi terutamanya pada pasir pengalas dan pengisi sambungan antara blok-blok konkrit tersebut. Tambahan, kesan ketebalan pasir pengalas terhadap lembapan juga dikaji. Bahan tambah yang bersifat pozzolana seperti debu terbang kelapa sawit (POFA) dan wasap silika digunakan sebagai bahan campur dalam pasir pengisi sambungan. Bahan-bahan ini adalah hasil bahan buangan industri yang boleh didapati dengan mudah di Malaysia. Dengan peratusan campuran sebanyak 2%, 4%, 6%, 8% dan 10%, ujian kebolehtelapan dilakukan menggunakan kaedah ujian turus tetap dan turus menurun. Model ļ¬zikal dibina untuk mengetahui tahap mampatan pasir pengalas dan penyerapan air melalui pasir pengisi sambungan. Ujian penyerapan air juga dilakukan ke atas model turapan yang mempunyai peratus campuran bahan tambah ke dalam pasir pengisi sambungan sebanyak 0%, 5% dan 10% dengan umur turapan yang berbeza iaitu 5 dan 10 hari. Hasil kajian menunjukkan penambahan bahan tambah ke dalam pasir pengisi sambungan dapat mengurangkan kebolehtelapan dengan nilai optimum campuran untuk POFA dan wasap silika masing-masing adalah pada 2%.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 182 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|