View Article |
Penentuan ralat multipath bagi data cerapan GPS julat pseudo di stesen rujukan RTK (real time kinematic) di Malaysia
Mardina Abdullah1, Norbahiah Misran2, Nor Nadira Mohammad Ariff3.
Multipath dikenali secara meluas sebagai salah satu sumber ralat utama dalam aplikasi GPS. Multipath merupakan fenomena di mana isyarat tiba di penerima melalui pelbagai laluan disebabkan oleh pantulan dan pembiasan. Kertas ini menerangkan kajian penganalisaan kesan ralat multipath yang terdapat pada data GPS yang diperolehi dari stesen rujukan RTK. Data yang dianalisis adalah dari 27 buah stesen rujukan RTK di mana kesemua stesen ini terletak secara strategik merentasi seluruh Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti stesen rujukan RTK manakah yang paling dipengaruhi dan paling kurang dipengaruhi oleh kesan multipath bagi kedua-dua julat pseudo L1 (1575.42 MHz) dan L2 (1227.60 MHz) isyarat GPS. Dalam kajian ini, perisian TEQC (Translating, Editing and Quality Checking) telah digunakan untuk memeriksa kesan multipath bagi kedua-dua isyarat. Kajian mendapati bagi L1, kesan multipath paling mempengaruhi data GPS dari stesen Marang (MARG) sebanyak 0.453 m dan paling tidak mempengaruhi data dari stesen Kuala Kubu Baru (KKBH) sebanyak 0.332 m. Bagi L2, kesan multipath masih mempengaruhi data dari stesen MARG iaitu 0.666 m dan paling tidak mempengaruhi data dari stesen Pekan (PEKN) iaitu 0.431 m. Hasil kajian ini diharap dapat membantu dalam navigasi satelit GPS.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 187 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|