View Article |
Kajian prestasi dan emisi enjin terhadap kesan asid oliek teroksida sebagai bahan tambah bahan api petrol
Yusoff Ali1, Abdul Amir Hassan Kadhum2, Irfan Wahyudi3.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan bahan tambah asid oleik teroksida dalam bahan api petrol standard terhadap prestasi dan emisi ekzos enjin. Enjin empat lejang, 1.5 liter digunakan pada lapisan ujian enjin disambungkan kepada dinamometer elektrik arus pusar dan disambungkan dengan sistem kawalan CADET V12 dan penganalisis gas ekzos IMR 2000/2000P. Bahan tambah asid oleik teroksida digunakan dalam ujian ini dengan kadar 0.2% mengikut kadar isipadu disebabkan bahan yang terhad. Ujian dijalankan dalam dua cara iaitu ujian dengan kelajuan berubah tanpa beban dan keduanya dengan kelajuan tetap pada 1,400 rpm pada beban bertambah. Hasil ujian bagi petrol teroksida berbanding dengan petrol standard menunjukkan kuasa brek enjin meningkat 2%, kuasa beban kilas meningkat 2%, kecekapan terma meningkat hampir 7% dan penggunaan bahan api tentu menurun sebanyak 10%. Gas ekzos yang dianalisis dalam ujian ini adalah karbon monoksida (CO), karbon dioksida (CO2) dan oksida nitrogen (NOx). Dari kajian ini perbandingan emisi gas ekzos bagi petrol teroksida menunjukkan kadar CO bergantung pada kelajuan enjin. Pengeluaran CO adalah lebih rendah dari petrol pada ujian kelajuan tanpa beban dari kelajuan rendah sehingga 1,600 rpm dan meningkat selepas kelajuan ini. Pengeluaran CO bagi ujian kelajuan tetap dengan beban mengalami penurunan hampir 28%. Pengeluaran CO2 pula mengalami kenaikan sebanyak 2.7% bagi ujian kelajuan tanpa beban dan kenaikan purata 8% untuk ujian kelajuan tetap dengan beban. Pengeluaran NOx pula mengalami penurunan sebanyak 9% bagi ujian kelajuan tanpa beban dan menurun 7% bagi ujian dengan beban. Hasil kajian ini menunjukkan peningkatan prestasi enjin dengan penambahan 0.2% bahan tambah teroksida dalam petrol standard.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 197 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|