View Article |
Penggunaan kaedah algoritma genetik dalam permasalahan penjadualan PCB: kajian kes di industri elektronik
Zalinda Othman1.
Fungsi perancangan pengeluaran dan penjadualan memainkan peranan utama di dalam bidang pengeluaran terutamanya untuk memastikan sumber-sumber pengeluaran yang diperlukan telah tersedia bagi melaksanakan operasi-operasi yang terlibat dalam pengeluaran produk-produk. Kertas penyelidikan ini telah mencadangkan penggunaan kaedah Algoritma Genetik dalam menyelesaikan masalah penjadualan dan satu kajian kes telah dijalankan di industri pemasangan papan litar tercetak. Formulasi Algoritma Genetik yang melibatkan perwakilan kromosom serta operator-operator genetik telah dibangunkan dan disesuaikan dalam permasalahan penjadualan yang mempertimbangkan talian-talian pembuatan alternatif. Keputusan simulasi yang dijalankan menunjukkan kaedah Algoritma Genetik berupaya menghasilkan jadual dengan masa pemasangan yang lebih singkat berbanding kaedah insani. Algoritma Genetik juga merupakan kaedah bolehsuai dalam aspek penambahan elemen seperti masa penyenggaraan dapat dilakukan dengan mudah dengan menambah slot masa penyenggaraan. Ia dilakukan semasa pembinaan kromosom semasa pembangunan jadual. Selain itu, perbandingan juga dilakukan dengan menggunaan kaedah peraturan penghantaran semasa menyusun model-model yang perlu dipasang pada talian-talian terlibat. Kaedah Algoritma Genetik didapati dapat menghasilkan jadual dengan masa pemasangan yang lebih pendek berbanding kaedah insani dan kaedah peraturan penghantaran.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 199 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|