View Article |
Al-Razi and al-Shatibi on the impact of philosophy on the definitive and hypothetical aspects of the juristic deductive method
`Ulwan, `Ammar Abdullah Naseh1.
Para ulama sepakat menerima kaedah epistemologi
shariah sebagai prinsip perundangan Islam (Usul alFiqh).
Setiap aliran pemikiran mempunyai prinsip
perundangan Islam tersendiri sebagai kriteria
epistemologi. Oleh itu, sebahagian besar mazhab Islam
yang berpengaruh ke atas pemikiran Islam mempunyai
prinsip-prinsip perundangan Islam yang tersendiri
sebagai satu kaedah epistemologi; dan prinsip-prinsip
perundangan Islam tersebut mewakili kaedah
epistemologi aliran pemikiran yang berbeza dalam
kalangan umat Islam. Falsafah mempunyai pengaruh ke
atas pembangunan dan pembentukan kaedah
epistemologi ini terutamanya dalam mengklasifikasikan
sumber asal perundangan Islam sama ada yang bersifat
definitif (muktamad) mahupun yang bersifat hipotesis
deduktif. Para ahli falsafah telah berpendapat bahawa
deduksi terhadap aspek kemuktamadan (definitif)
hanyalah suatu bentuk kesimpulan rasional dan
bukannya penyataan yang bersifat empirik. Berdasarkan
pengklasifikasian tersebut, rumusan hipotesis dapat
dicapai melalui kaedah deduktif. Al-Razi didapati telah
mempelopori perbahasan berkenaan hipotesis deduktif
dalam karyanya al-Mahsul. Beliau berpendapat bahawa
aspek definitif tidak sekadar wujud dalam perbincangan literal. Walau bagaimanapun, al-Shatibi merupakan
pemikir yang pertama memperkenalkan perbincangan
ini dalam al-Muwafaqat. Beliau berhujah bahawa
“prinsip-prinsip perundangan Islam” adalah muktamad
dan pengetahuan agama adalah menyamai pengetahuan
rasional. Beliau juga berpendapat bahawa aspek definitif
prinsip-prinsip perundangan Islam adalah terhasil
daripada kaedah falsafah yang dipanggil induksi.
Kaedah induksi ini boleh dimanfaatkan dalam hal
perundangan, serta penghujahan terhadap larangan
berlakunya perbezaan yang hanya dihadkan kepada
beberapa perkara ijmak sahaja. Justeru, hal ini
menjadikan perbezaan pandangan sebagai suatu yang
wajar dalam setiap perkara perundangan.
Affiliation:
- Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|