View Article |
An analysis on the issues of `aqidah (Islamic faith) using deductive approach of al-Imam Abu al-Hasan al-Ash`Ari
Maiga, Mohamed Hamdikinane1.
Kajian ini bertujuan untuk mendedah serta
menghuraikan metodologi deduktif yang digunakan
oleh Imam Abu al-Hasan al-Ash`ari bagi menangani
persoalan akidah. Beliau merupakan perintis kepada
pendekatan dalil aqli (intellectual) dan dalil naqli
(transmittered evidence). Kekuatan metodologi deduktif
adalah berdasarkan dua perkara iaitu hujah dan bukti
yang kukuh. Sebagai seorang sarjana Muslim, beliau
telah memperkukuhkan hujah-hujah beliau
menggunakan Asma’ Allah Ta’ala berasaskan hukum
syarak. Malah beliau tidak mengiktiraf bahawa analogi
bahasa mampu menghasilkan hujah yang bernas.
Justeru, kepentingan kajian ini terletak pada daya intelek
dan kualiti ilmiah yang tinggi yang dimiliki oleh tokoh
berkenaan. Beliau telah menumpukan usaha sepanjang
hayatnya bagi mempertahankan ajaran al-Qur’an dan alSunnah
berdasarkan akal fikirannya yang tajam dan
meyakinkan. Objektif utama kajian ini ialah bagi
mendedahkan metodologi taakulan (reasoning) dan
deduktif berhubung persoalan akidah bagi
mempertahankan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.
Pendekatan atau kaedah yang akan digunakan dalam
kajian ini bagi menjelaskan metodologi deduktif ialah
kaedah deskriptif dan analisis. Kajian ini telah diselenggarakan menerusi contoh-contoh yang telah
ditunjukkan oleh al-Ash`ari menerusi karya-karya
beliau dan menyusunnya berdasarkan objektif kajian.
Penulis turut menganalisis contoh-contoh tersebut bagi
membuktikan kerelevanan metodologi deduktif yang
digunakan (a. Kaedah deduktif berdasarkan nas-nas
Qur’an dan al-Sunnah; b. Kaedah analogi; c. Kaedah
deskriptif analisis; d. Kaedah perbandingan).
Umumnya, al-Ash`ari bukan sahaja telah berjaya
menggunakan akal fikiran yang tajam bagi menyahut
segala cabaran mengenai permasalahan akidah, tetapi
juga telah menggunakan ayat-ayat al-Qur’an dan alSunnah
sebagai dalil. Dalil-dalil yang bersifat aqli dan
naqli ini adalah sangat sesuai dengan hukum syarak.
Dengan dalil-dalil ini juga sudah memadai untuk
menunjukkan kekuasaan Allah Ta’ala menerusi nama
dan sifat-sifatNya dan tidak perlu membandingkan
dengan sifat-sifat yang ada pada makhluk.
Affiliation:
- Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 398 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|