View Article |
Konsep taubat menurut Islam dan Kristian dari perspektif perbandingan
Sri Rahayu Haji Dollah1, Khadijah Mohd Hambali @ Khambali2.
Taubat dalam agama Islam dan Kristian merupakan
salah satu kaedah penyucian jiwa yang ditetapkan
untuk para penganut mereka. Kedua-dua agama ini
menetapkan taubat sebagai jalan penghubung antara
Tuhan dengan manusia, di samping langkah untuk
mencapai keselamatan daripada hukuman dan
mendapat syurga. Secara zahirnya konsep taubat
dalam aspek penyesalan dan memohon pengampunan
dosa dari sudut pandangan Islam dan Kristian
kelihatan seakan sama. Namun perbezaan terserlah
pada aspek matlamat dan perlaksanaan taubat. Islam
menetapkan aspek adil dalam bertaubat selari dengan
fitrah manusia dan kunci keimanan kepada konsep
ketuhanan yang Maha Esa. Manakala agama Kristian
meletakkan taubat sebagai kunci keimanan kepada
Tuhan tanpa mampu memberi jaminan keadilan
terhadap manusia dan hak-haknya. Justeru, artikel ini
menganalisis perbandingan konsep taubat dari
perspektif Islam dan Kristian. Kaedah perbandingan
kontekstual digunakan dalam penulisan ini. Dapatan
kajian menjelaskan wujudnya perbezaan pengaplikasian taubat dan keadilan dalam Islam serta
ketidakseimbangannya dalam Kristian.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 427 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|