View Article |
Pengisbatan al-Imamah melalui Al-Bada’ menurut syiah al-Ithna `Ashariyyah
Mohd Hamidi Ismail1, Mohd Fauzi Hamat2.
Konsep al-bada’ yang bermaksud „nyata atau jelas
daripada sebelum itu‟ telah diperkenalkan oleh Syiah
al-Ithna ‘Ashariyyah demi mengisbatkan al-imamah
menurut acuan pemikiran pendokong mazhab
tersebut. Mereka mengisbatkan bahawa Allah SWT
mengetahui keperluan dan kepentingan al-imamah
yang tidak diketahui sebelum itu. Tujuan mereka
berbuat demikian ialah kerana mereka sedar, jika
sekadar berpandukan pewartaan nas dan wasiat, alimamah
dua belas orang imam yang mereka dakwa
sebagai imam-imam yang ditentukan pasti menyalahi
konsep al-imamah yang dipegang oleh kumpulan
Syiah al-Imamiyyah sebelumnya. Akibatnya, Syiah
al-Ithna ‘Ashariyyah terputus daripada mendokong
ketuanan ahl al-bayt. Dakwaan mereka ini pada
hakikatnya menyalahi pemahaman yang dinyatakan
oleh al-Qur‟an dan al-Sunnah serta yang disepakati
oleh majoriti umat Islam. Inilah yang dirumuskan
oleh makalah ini kerana pengisbatan al-imamah
melalui al-bada’ yang didakwa bagi menjaga
kemaslahatan hamba adalah tertolak dan boleh
mencacatkan kesempurnaan Allah SWT.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 395 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|